Wednesday, May 8, 2019

Solat Terawih

Salam 3 Ramadhan..
Alhamdulillah... hari ke 3 sudah kita berpuasa, dan malam ke 4 terawih.... semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini...






TAZKIRAH ZOHOR

Alhamdulillah.. Tazkirah hari ini disampaikan oleh ust Mohamad Taufik bin Husin. Tazkirah zohor adalah salah satu Program Tahunan Sempena Ihya' Ramadhan.. Tazkirah ini dijalankan setiap hari sepanjang Bulan Ramadhan. Semua guru, staf & pelajar diwajibkan menghadiri Tazkirah.. Ustaz-ustaz akan menyampaikan tazkirah mengikut giliran dan tajuk yang telah disediakan oleh setiausaha program..




Monday, May 6, 2019

PEPERIKSAAN HIFZ AL-QURAN (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)




Pada 2 Mei 2019, pelajar - pelajar tingkatan sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Hifz Al- Quran. 



 pelajar bersama panel pentaksir



pelajar menunggu giliran peperiksaan




PROGRAM IMARAH SURAU SEMPENA RAMADHAN 2019

 Assalamualaikum wbt....,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak pengurusan Surau Al Falah akan menjalankan beberapa program imarah Ramadhan 2019. Antara program yang dirancang adalah seperti yang dicatatkan di bawah:-
  • Qiamullail
  • Tadarus Al Quran
  • Tazkirah Zohor
  • Majlis Iftar Jamaie bersama PIBG dan PIBK
Sehubungann dengan itu, semua warga SMKASAF dijemput untuk sama-sama menyertai secara aktif semua program yang dirancang serta dapat menyumbang idea bagi menjayakan lagi program ini.
Sekian, harap maklum.
LOGO RASMI SURAU AL- FALAH


Memperkenalkan logo  Surau Al- Falah , SMKA Syeikh Abdullah Fahim. Logo ini akan digunakan pada semua kepala surat rasmi surau.

Sekian, harap maklum dan terima kasih

Tuesday, April 30, 2019

PROJEK SURAU IMARAH 2019


Assalamualaikum wbt...



Sukacita memperkenalkan suapan blog terbaharu MySMKASAF. Blog ini memaparkan berita-berita perkembangan semasa projek Surau Imarah 2019.
Projek Surau Imarah merupakan usaha Pejabat Pendidikan Daerah dengan pihak sekolah untuk memperkenalkan surau Al Falah SMKASAF sebagai ikon surau sekolah peringkat daerah dan negeri. Projek surau Imarah merupakan satu pertandingan yang mencari inovasi dan elemen penggabungan jalinan pembelajaran murid-murid dan penggunaan surau secara harian.