Alhamdulillah... hari ke 3 sudah kita berpuasa, dan malam ke 4 terawih.... semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini...
Alhamdulillah.. Tazkirah hari ini disampaikan oleh ust Mohamad Taufik bin Husin. Tazkirah zohor adalah salah satu Program Tahunan Sempena Ihya' Ramadhan.. Tazkirah ini dijalankan setiap hari sepanjang Bulan Ramadhan. Semua guru, staf & pelajar diwajibkan menghadiri Tazkirah.. Ustaz-ustaz akan menyampaikan tazkirah mengikut giliran dan tajuk yang telah disediakan oleh setiausaha program..
Sukacita memaklumkan bahawa pihak pengurusan Surau Al Falah akan
menjalankan beberapa program imarah Ramadhan 2019. Antara program yang
dirancang adalah seperti yang dicatatkan di bawah:-
Qiamullail
Tadarus Al Quran
Tazkirah Zohor
Majlis Iftar Jamaie bersama PIBG dan PIBK
Sehubungann dengan itu, semua warga SMKASAF dijemput untuk sama-sama
menyertai secara aktif semua program yang dirancang serta dapat
menyumbang idea bagi menjayakan lagi program ini.
Sekian, harap maklum.
LOGO RASMI SURAU AL- FALAH
Memperkenalkan logo Surau Al- Falah , SMKA Syeikh Abdullah Fahim.
Logo ini akan digunakan pada semua kepala surat rasmi surau.
Sekian, harap maklum dan terima kasih
Tuesday, April 30, 2019
PROJEK SURAU IMARAH 2019
Assalamualaikum wbt...
Sukacita memperkenalkan suapan blog terbaharu MySMKASAF. Blog ini
memaparkan berita-berita perkembangan semasa projek Surau Imarah 2019.
Projek Surau Imarah merupakan usaha Pejabat Pendidikan Daerah dengan
pihak sekolah untuk memperkenalkan surau Al Falah SMKASAF sebagai ikon
surau sekolah peringkat daerah dan negeri. Projek surau Imarah merupakan
satu pertandingan yang mencari inovasi dan elemen penggabungan jalinan
pembelajaran murid-murid dan penggunaan surau secara harian.